Selamat Datang ke UiTM Jengka

Panduan Kampus dan Aktiviti UiTM Pahang

Ringkasan kandungan !!! U

Klik Maklumat Kampus & Aktiviti

Peta ke UiTM Pahang Sila scroll (in/out)

Ketua Pusat Pengajian semua fakulti (Jengka)

Sambung Pra ke Dip. & Dip. ke Ijazah

Fast Track Diploma ke Ijazah

Klik Panduan Umum & Pelbagai

Kalendar Solat hingga Dec 2012 + planer kuliah/ cuti

Planer 2012 Urusan dan kerja lebih terancang

Sewa Kancil $70/hari saya 013-9697980

Hubungi saya dan dapatkannya

Pelan kawasan kampus & bangunan

Jadual kuliah/ periksaan/ hal akademik

Lain-lain bantuan berkaitan ...

Bincang khusus di facebook :

(Message/ chatting) / 013-9697980 (no misscall!!)

(CampusActivity utk pelajar)

...

Web-page ini masih dalam pembikinan. Walau kesuntukan masa saya akan tetap berusaha untuk menyalurkan maklumat terbaik yang mampu untuk anda. Sila hantarkan cadangan/ komen melalui mesej peribadi ke Facebook zuluitm@yahoo.co.uk / Mohon maaf atas segala kekurangan/ Wassalam

Tersenarai di sini hanyalah "makluman penting" untuk perhatian dan tindakan anda sahaja.
Panduan pendaftaran, perkuliahan, tugasan dan kerja kursus, muat turun bahan-bahan, contoh-contoh soalan, panduan peperiksaan akhir dan lain-lain sila scroll ke bawah. Sebarang kemusykilan sila "mesej" saya di Facebook (bukan wall) atau sebaiknya terus di dalam kuliah. Wassalam.

Thursday, September 29, 2011

Panduan Kuliah Sepanjang Semester

Panduan Kuliah Sepanjang Semester : 

Pendaftaran : 

Sila fahami sistem "pre-Registration" / "Registration" / "add" / "drop" / dan seumpamanya. Pastikan anda mendaftar semua kursus yang berkaitan dalam tempohnya, serta "drop" (gugurkan) semua kursus yang anda tidak mampu/ tidak dapat/ tidak sepatutnya mengikutinya.[1]

Adalah sangat penting bahawa anda perlu hadir semua kursus yang anda daftarkan [2] (sepatutnya) seawal minggu pertama dan mengikuti segala aktiviti berkaitan hinggalah akhir semester (peperiksaan akhir) tanpa gagal (tercicir), dan jika bermasalah sila patuhi tatacara yang berkaitan.

Anda juga tidak sepatutnya sah untuk hadir mana-mana kuliah yang anda tidak mendaftar diri kecuali memohon secara lisan pengendali kuliah/ aktiviti berkenaan (kepada pensyarah/ fasilitator dsb)... secara "tumpang'' atau "observe" sementara dan berhasrat serta akan mendaftar kemudiannya.
[1]  selalunya kuliah bertembung (clash) maka eloklah drop kecuali mematuhi peraturan yang berkaitan. Ini boleh berlaku terutamanya bagi kursus-kursus mengulang (repeat) bertembung antara kursus semester anda dengan kursus yang anda mengulang/ atau anda tidak mampu mengikutinya untuk lulus kerana terlalu berat ( bagi calon P1, P2 ) atau anda fikirkan untuk menjaga GPA agar tidak jatuh dan bimbang keputusan peperiksaan anda, maka anda hanya mampu mengambil beberapa kursus yang anda mampu sahaja, dan lain-lain kes berkaitan (sila bincang dengan penasihat akademik anda).

[2] melalui pra pendaftaran mahupun melalui add (tambah).

Kehadiran :

Anda wajib hadir tanpa gagal semua aktiviti (kuliah, ujian, seminar, pembentangan, lawatan dsb) kursus yang anda daftar, kecuali mendapat kelulusan (seeloknya memohon sebelum kejadian dan kelulusan tertakluk kepada pensyarah berkaitan, bukannya pihak memohon) untuk tidak hadir. Sila rujuk, fahami dan amalkan arahan Peraturan Akademik UiTM.
Sila pastikan MC anda menyatakan dengan jelas "nama penuh", "tarikh", "kumpulan anda", dan lain-lain maklumat perlu untuk rujukan. Begitu juga dengan "slip" kehadiran ke hospital atau klinik. Maklumat yang sama juga perlu dengan permohonan tidak hadir aktiviti yang berkaitan seperti kerasna sukan, pertandingan kebudayaan, masalah keluarga yang "tidak dapat dielakkan" dan seumpamanya.

Surat permohonan berkumpulan juga boleh dipertimbang jika sesuai seperti ketidakhadiran beberapa orang dari kumpulan yang sama dengan sebab dan tarikh yang sama, dengan hanya satu surat menyenaraikan beberapa calon yang berkenaan.

Sebarang kegagalan untuk hadir atau mengikutisama aktiviti hendaklah dikemukakan dokumen rasmi yang sah seeloknya sebelum peristiwa; dan selewat-lewatnya pertemuan pertama anda (dengan kursus berkenaan) selepas peristiwa. Bagaimanapun anda boleh mengirim dokumen berkaitan melalui wakil (pastikan ianya disampaikan segera), atau ke pigeon hole.

Anda boleh meminta izin untuk hadir ke kelas2/kuliah2 kumpulan lain (yang anda tidak mendaftar diri) terutama bagi kursus yang berkaitan (untuk dapat lebih faham kursus yang anda ambil) / (atau untuk belajar demi ilmu bagi kursus akademik yang anda minat tetapi tidak berkait dengannya)  kepada pensyarah berkenaan sebelum kuliah.

Nota/ Manual/ Buku Rujukan :

Calon sepatutnya memahami dan mengamalkan konsep tiga P iaitu "Pre" (Sebelum), "Process" (Ketika), dan "Post" (Selepas). Ramai calon yang risau carry marks rendah, keputusan final kurang memuaskan dan sebagainya (semuanya urusan post-production) tetapi mereka lupa bahawa semuanya itu ditentukan bergantung keprehatinan dan kesungguhan anda mengikuti akademik sebelumnya ( "pre" and "process" of production ) yang mana perhatian dan pembelajaran di kuliah-lah yang akan menentukan markah dan keputusan akademik anda akhirnya. Perhatikan perkara berikut :
Sebelum Kuliah/ Aktiviti:
Persediaan dan perancangan awal. Adakah anda bertanya para senior tentang liku, cabaran, peluang, pensyarah, rujukan, dan lain seumpamanya berkaitan kursus berkenaan? Seeloknya sebelum semester berkenaan, sementara senior masih "segar" dengan kursus yang bakal anda pula menghadapinya? 
Adakah anda menempah bahan-bahan terdahulu (nota, buku, contoh ujian dan lain-lain daripada senior (cara yang paling mudah) atau kepada pensyarah mahupun mana-mana pihak yang mampu menyediakannya...? 
Pemilihan kumpulan yang sesuai dengan "gap" masa, "kemampuan" anda mengikutinya mengambil kira kesihatan, kesibukan anda, ko-kurikulum, kelab dan persatuan dan lain-lain? Seeloknya pastikan anda sudah memiliki silibus dan rujukan-rujukan di atas, sebelum semester bermula. Maka nanti anda akan hadir kuliah bergaya dengan semua bahan tersebut, bukan hanya dengan membawa note-pad kosong! pen dan pensil seberkas! pecil-case cantik! dan seumpamanya, yang semuanya hanyalah merupakan peralatan penting "asas" yang belum mencerminkan "kecemerlangan" anda. Bayangkan apatah lagi ada yang hadir kuliah tanpa membawa sebatang pen pun ! Walaupun aktiviti ko-kurikulum @#*&^%
Merancanglah untuk berjaya di hari esok, kerana mereka yang tidak merancang untuk berjaya sebenarnya sedang merancang untuk gagal.

Ketika Kuliah/ Aktiviti:
Fungsikan peralatan yang dibawa se-optimumnya, rancakkan tarian pena anda di pentas note-pad yang dibawa, tumpukan perhatian seminatnya terhadap aktiviti di kuliah, soal dan persoalkan kekeliruan yang mungkin muncul, petahkan perkataan yang terpacul di mulut dan lantangkan suara sejelasnya di kuliah bertanya soalan, perlahankan rentak pensyarah jika perlu, tanya soalan tanpa lengah (untuk difahami oleh diri sendiri, mahupun agar rakan sekuliah lebih faham)... dan sebagainya. Maha mahasiswa sebenar akan merasa sayang untuk keuar walaupun sekejap untuk ke tandas. Catatannya senang dirujuk oleh rakan yang walaupun mereka turut hadir ketika kuliah, apatah lagi rakan yang tidak dapat hadir kerana masalah. Notanya dapat membantu rakan-rakan yang kurang faham ketika "post" kuliah, apatah lagi untuk membantu dirinya sendiri...

Selepas Kuliah/ Aktiviti:





12:13am
My Facebook / klik dan add/
Sebarang soalan sila "mesej" di FB
Perbincangan kemukakan di ruangan CampusActivity

No comments: