Selamat Datang ke UiTM Jengka

Panduan Kampus dan Aktiviti UiTM Pahang

Ringkasan kandungan !!! U

Klik Maklumat Kampus & Aktiviti

Peta ke UiTM Pahang Sila scroll (in/out)

Ketua Pusat Pengajian semua fakulti (Jengka)

Sambung Pra ke Dip. & Dip. ke Ijazah

Fast Track Diploma ke Ijazah

Klik Panduan Umum & Pelbagai

Kalendar Solat hingga Dec 2012 + planer kuliah/ cuti

Planer 2012 Urusan dan kerja lebih terancang

Sewa Kancil $70/hari saya 013-9697980

Hubungi saya dan dapatkannya

Pelan kawasan kampus & bangunan

Jadual kuliah/ periksaan/ hal akademik

Lain-lain bantuan berkaitan ...

Bincang khusus di facebook :

(Message/ chatting) / 013-9697980 (no misscall!!)

(CampusActivity utk pelajar)

...

Web-page ini masih dalam pembikinan. Walau kesuntukan masa saya akan tetap berusaha untuk menyalurkan maklumat terbaik yang mampu untuk anda. Sila hantarkan cadangan/ komen melalui mesej peribadi ke Facebook zuluitm@yahoo.co.uk / Mohon maaf atas segala kekurangan/ Wassalam

Tersenarai di sini hanyalah "makluman penting" untuk perhatian dan tindakan anda sahaja.
Panduan pendaftaran, perkuliahan, tugasan dan kerja kursus, muat turun bahan-bahan, contoh-contoh soalan, panduan peperiksaan akhir dan lain-lain sila scroll ke bawah. Sebarang kemusykilan sila "mesej" saya di Facebook (bukan wall) atau sebaiknya terus di dalam kuliah. Wassalam.

Thursday, September 29, 2011

Panduan Kampus dan Aktiviti UiTM Pahang

Panduan Kampus dan Aktiviti UiTM Pahang

Ringkasan  kandungan !!! Untuk lebih mudah sila rujuk senarai di kanan anda ;
Bawah nombor statistik pengunjung sila klik button tiga segi kanan atau ke bawah...

[ Peta datang ke kampus UiTM Pahang (Sila scroll in/out untuk view) ]
[ Lokasi kawasan dan bangunan dalam kampus ] akan dimuat naik/ soon...
[ Kuliah Diploma bermula 21 Nov 2011 ] Panduan dll sila scroll ke bawah ...
[ Penerapan Diploma sem.3 atau 6 ke Ijazah intake Feb2012 ] scroll bawah...
[ PTPTN berlakon kononnya guna sistem Islam "Ujrah" 1% ] scroll ke bawah ...
[ Sewapinjam kereta peribadi saya ] sila scroll ke bawah ...

Jadual Waktu dan Aktiviti Perkuliahan :
Jadual asal awal semester semua fakulti sila rujuk My facebook [Album] dan tag sendiri
Makluman penting kumpulan seliaan saya Semester November 2011 seperti berikut :
CTU 211 seperti berikut :
AS117 3A : [ Carry Marks CTU211 Julai - Sept 2011  EC110/ AS117/ AT110 ]
AS117 3B :
CTU 101 seperti berikut :
SR113 1A :
SR113 1B :
BM112 1A :
BM112 1E :          .     WEB-PAGE INI MASIH DALAM PEMBIKINAN / dan / ...
BM112 1F :           . SAYA KESUNTUKAN MASA TETAPI TETAP BERUSAHA .
AC110 1B :           . UNTUK MENYAKLURKAN MAKLUMAT KEPADA ANDA .
AC110 1C :            .     HARAP MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN .
OM114 1G :                      Sila hantarkan cadangan/ komen ke "mesej" FB saya, TQ
CTU 001 seperti berikut :
PD007 1B :
HKR 111 seperti berikut :
KP3X

Tersenarai di atas hanyalah "makluman penting" untuk perhatian dan tindakan anda sahaja. Panduan pendaftaran, perkuliahan, tugasan dan kerja kursus, muat turun bahan-bahan, contoh-contoh soalan, panduan peperiksaan akhir dan lain-lain sila scroll ke bawah. Sebarang kemusykilan sila "mesej" saya di Facebook (bukan wall) atau sebaiknya terus di dalam kuliah. Wassalam.

Kecoh PTPTN rasa tak cukup : Bacalah Penderiaan Orang Lain Jugak dan Insaflah

Assalamualaiku...   Siapa ni? Bacalah kisahnya kalau anda fikir PTPTN anda masih tak mencukupi untuk menderma kat cafe-cafe; nak beli buku-buku penting akademik; dan seumpamanya...


Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3

Kenapa? Sebab nak beli beras. 

“Kami lapar sgt,” kata mereka. 

“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. 

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”    

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. 

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 

Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. 

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. 

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.

Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. 

Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. 

Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. 

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya. 

Sebelum ke KAFA?
Tak makan. 

Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk. 

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 

Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. 

Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.    

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.    

“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.    

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.    

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.    

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?    

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.   

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.    
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.      

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?” 

Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.    

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.    

“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.    

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. 

JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 

Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. 

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”    

Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.    

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.    
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim) 

------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank    
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
 
RHB    
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
 
Sumbangan terus kepada:    
Bank Islam   SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971
 
Minta tolong sebarkan, jazakumullahu khairan.
info-from-eMail:
From:   Suzan Fatimah Suyub
Sent:
  Wednesday, September 21, 2011 10:46 AM
To:
  Nor Fazillah Mohd Ali; Norazlina Omar; Nora Azliza Salimin; Noor Hasnizam Kamaruzaman; Nor Haniza Mohd Noor; 'Noriza Ismail'; Noraisah Omar; Sharniza Hamid; Safiah Syed Mohd Ariff; Zaidah Kamis; Zurina Hamzah; Haliza Mohammed
Subject:
  FW: Bantulah Anak2 Ini Demi Sesuap Nasi.

Rekod lama... :-) 
Assalamualaikum
Jadual Final Examination September 2011 nanti / Pastikan TARIKH/ WAKTU & TEMPAT /// jangan lupa bawa slip kebenaran menduduki, juga kad metrik (semuanya wajib dibawa) dan menepati Sahsiah Rupadiri sepenuhnya /// Kalau DSG pastikan akan membawa baju sejuk... peralatan menulis semestinya, persediaan zahir batin (cukup tidur dan kesihatan) dan DATANG SELEWATNYA SETENGAH JAM sebelum peperiksaan bermula. Semoga berjaya dengan Cemerlang di bawah naungan dan izinNya jua.
Selamat maju jaya...

Jadual Peperiksaan Akhir September 2011 dikeluarkan oleh UiTM Pahang.
Sila Klik ; Jadual Final Exam UiTM Pahang semua kod-kursus
Download; Tunggu Countdown, then save ke pendrive anda/ atau print..



12:13am
<< Facebook / klik dan add/
Sebarang soalan kemukakan di ruangan CampusActivity

Kecoh PTPTN Menipu gunakan nama Syari'ah agar nampak Islamik




[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah




by Eddie Ka on Saturday, January 15, 2011 at 11:19am
Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam

Sumber Asal :
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

Share




12:13am
My Facebook / klik dan add/
Sebarang soalan kemukakan di ruangan CampusActivity

Panduan Kuliah Sepanjang Semester

Panduan Kuliah Sepanjang Semester : 

Pendaftaran : 

Sila fahami sistem "pre-Registration" / "Registration" / "add" / "drop" / dan seumpamanya. Pastikan anda mendaftar semua kursus yang berkaitan dalam tempohnya, serta "drop" (gugurkan) semua kursus yang anda tidak mampu/ tidak dapat/ tidak sepatutnya mengikutinya.[1]

Adalah sangat penting bahawa anda perlu hadir semua kursus yang anda daftarkan [2] (sepatutnya) seawal minggu pertama dan mengikuti segala aktiviti berkaitan hinggalah akhir semester (peperiksaan akhir) tanpa gagal (tercicir), dan jika bermasalah sila patuhi tatacara yang berkaitan.

Anda juga tidak sepatutnya sah untuk hadir mana-mana kuliah yang anda tidak mendaftar diri kecuali memohon secara lisan pengendali kuliah/ aktiviti berkenaan (kepada pensyarah/ fasilitator dsb)... secara "tumpang'' atau "observe" sementara dan berhasrat serta akan mendaftar kemudiannya.
[1]  selalunya kuliah bertembung (clash) maka eloklah drop kecuali mematuhi peraturan yang berkaitan. Ini boleh berlaku terutamanya bagi kursus-kursus mengulang (repeat) bertembung antara kursus semester anda dengan kursus yang anda mengulang/ atau anda tidak mampu mengikutinya untuk lulus kerana terlalu berat ( bagi calon P1, P2 ) atau anda fikirkan untuk menjaga GPA agar tidak jatuh dan bimbang keputusan peperiksaan anda, maka anda hanya mampu mengambil beberapa kursus yang anda mampu sahaja, dan lain-lain kes berkaitan (sila bincang dengan penasihat akademik anda).

[2] melalui pra pendaftaran mahupun melalui add (tambah).

Kehadiran :

Anda wajib hadir tanpa gagal semua aktiviti (kuliah, ujian, seminar, pembentangan, lawatan dsb) kursus yang anda daftar, kecuali mendapat kelulusan (seeloknya memohon sebelum kejadian dan kelulusan tertakluk kepada pensyarah berkaitan, bukannya pihak memohon) untuk tidak hadir. Sila rujuk, fahami dan amalkan arahan Peraturan Akademik UiTM.
Sila pastikan MC anda menyatakan dengan jelas "nama penuh", "tarikh", "kumpulan anda", dan lain-lain maklumat perlu untuk rujukan. Begitu juga dengan "slip" kehadiran ke hospital atau klinik. Maklumat yang sama juga perlu dengan permohonan tidak hadir aktiviti yang berkaitan seperti kerasna sukan, pertandingan kebudayaan, masalah keluarga yang "tidak dapat dielakkan" dan seumpamanya.

Surat permohonan berkumpulan juga boleh dipertimbang jika sesuai seperti ketidakhadiran beberapa orang dari kumpulan yang sama dengan sebab dan tarikh yang sama, dengan hanya satu surat menyenaraikan beberapa calon yang berkenaan.

Sebarang kegagalan untuk hadir atau mengikutisama aktiviti hendaklah dikemukakan dokumen rasmi yang sah seeloknya sebelum peristiwa; dan selewat-lewatnya pertemuan pertama anda (dengan kursus berkenaan) selepas peristiwa. Bagaimanapun anda boleh mengirim dokumen berkaitan melalui wakil (pastikan ianya disampaikan segera), atau ke pigeon hole.

Anda boleh meminta izin untuk hadir ke kelas2/kuliah2 kumpulan lain (yang anda tidak mendaftar diri) terutama bagi kursus yang berkaitan (untuk dapat lebih faham kursus yang anda ambil) / (atau untuk belajar demi ilmu bagi kursus akademik yang anda minat tetapi tidak berkait dengannya)  kepada pensyarah berkenaan sebelum kuliah.

Nota/ Manual/ Buku Rujukan :

Calon sepatutnya memahami dan mengamalkan konsep tiga P iaitu "Pre" (Sebelum), "Process" (Ketika), dan "Post" (Selepas). Ramai calon yang risau carry marks rendah, keputusan final kurang memuaskan dan sebagainya (semuanya urusan post-production) tetapi mereka lupa bahawa semuanya itu ditentukan bergantung keprehatinan dan kesungguhan anda mengikuti akademik sebelumnya ( "pre" and "process" of production ) yang mana perhatian dan pembelajaran di kuliah-lah yang akan menentukan markah dan keputusan akademik anda akhirnya. Perhatikan perkara berikut :
Sebelum Kuliah/ Aktiviti:
Persediaan dan perancangan awal. Adakah anda bertanya para senior tentang liku, cabaran, peluang, pensyarah, rujukan, dan lain seumpamanya berkaitan kursus berkenaan? Seeloknya sebelum semester berkenaan, sementara senior masih "segar" dengan kursus yang bakal anda pula menghadapinya? 
Adakah anda menempah bahan-bahan terdahulu (nota, buku, contoh ujian dan lain-lain daripada senior (cara yang paling mudah) atau kepada pensyarah mahupun mana-mana pihak yang mampu menyediakannya...? 
Pemilihan kumpulan yang sesuai dengan "gap" masa, "kemampuan" anda mengikutinya mengambil kira kesihatan, kesibukan anda, ko-kurikulum, kelab dan persatuan dan lain-lain? Seeloknya pastikan anda sudah memiliki silibus dan rujukan-rujukan di atas, sebelum semester bermula. Maka nanti anda akan hadir kuliah bergaya dengan semua bahan tersebut, bukan hanya dengan membawa note-pad kosong! pen dan pensil seberkas! pecil-case cantik! dan seumpamanya, yang semuanya hanyalah merupakan peralatan penting "asas" yang belum mencerminkan "kecemerlangan" anda. Bayangkan apatah lagi ada yang hadir kuliah tanpa membawa sebatang pen pun ! Walaupun aktiviti ko-kurikulum @#*&^%
Merancanglah untuk berjaya di hari esok, kerana mereka yang tidak merancang untuk berjaya sebenarnya sedang merancang untuk gagal.

Ketika Kuliah/ Aktiviti:
Fungsikan peralatan yang dibawa se-optimumnya, rancakkan tarian pena anda di pentas note-pad yang dibawa, tumpukan perhatian seminatnya terhadap aktiviti di kuliah, soal dan persoalkan kekeliruan yang mungkin muncul, petahkan perkataan yang terpacul di mulut dan lantangkan suara sejelasnya di kuliah bertanya soalan, perlahankan rentak pensyarah jika perlu, tanya soalan tanpa lengah (untuk difahami oleh diri sendiri, mahupun agar rakan sekuliah lebih faham)... dan sebagainya. Maha mahasiswa sebenar akan merasa sayang untuk keuar walaupun sekejap untuk ke tandas. Catatannya senang dirujuk oleh rakan yang walaupun mereka turut hadir ketika kuliah, apatah lagi rakan yang tidak dapat hadir kerana masalah. Notanya dapat membantu rakan-rakan yang kurang faham ketika "post" kuliah, apatah lagi untuk membantu dirinya sendiri...

Selepas Kuliah/ Aktiviti:





12:13am
My Facebook / klik dan add/
Sebarang soalan sila "mesej" di FB
Perbincangan kemukakan di ruangan CampusActivity

Tuesday, September 27, 2011

AS1173A dan AS1173B Nov 2011

Assalamualaikum... Mana-mana student yang belum terdaftar sila ambil tindakan awal seeloknya minggu pertama kuliah bermula 21 November 2011... Mana-mana nama yg belum terdaftar tidak dibenarkan mengikuti kuliah-kuliah minggu seterusnya; dan mana-mana nama terdaftar diwajibkan hadir semua aktiviti CTU211. Sebarang ketidakhadiran dianggap ponteng. Masalah boleh diajukan ke "mesej" facebook saya atau surat rasmi ke pigeon hole 209 peti pensyarah depan bilik rehat pensyarah. Wassalam

AS117 3A
AISYAH BINTI YAHYA
ASRUL HELMY BIN MAZALAN
AZLIDA BINTI AHMAD
MOHAMAD HILAL BIN KAMARUDDIN
MOHAMAD ROSHAFIZI BIN RASHID
MOHD NAAIN BIN OTHMAN
MUHAMMAD DHIYAUDDIN BIN KAMARUZAMAN
MUHAMMAD SAUFI RAMADHAN BIN JALALUDIN
MUHAMMAD SHAFIQ AZIZI BIN ISMAIL
MUHAMMAD SHALIHIN BIN MAT DOM
NOORYUSNIZA BINTI MAMAT
NORWAHYUNI BINTI MOHD YUSOF
NUR ALWANI BINTI MAT AZMI
NUR ATIKAH BINTI ABD RAPAR
NUR LIYANA IZZATI BINTI ROHAFFIN
NURSHAMIRA BINTI AXZIMI
NURUL NADHIRAH BINTI MOHD ROSDI
REDZUAN BIN MOHAMMAD SUFFIAN JAMES
SITI AKMAL BT MOHD YUSOF
UMAIR BIN ISMAIL

AS117 3B

AMINUDDIN BIN YUSOF
FATIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD
IZHARRASHID BIN GHAZALI
JAHIZAH SYAMIM BTE MOHAMED SOM
MOHD SHAIFUL BIN SHARIF
MOHD SHUAIB AZALI BIN ZULKEPLI
MOHD YUHYI FAIZ BIN MOHD SHARIFF
MUHAMAD IRFAN BIN ABDULLAH
NIK MUHAMAD HAZIM BIN NIK MOHD ADIB
NOOR FATIN BINTI SAID
NOOR HAFIZAH BINTI AHMAD SABRI
NOR SHAKIRAH BINTI AWANG MAT
NORFAZLIN HANI BINTI JASNI
NORSYAHIRA BINTI HAMDAN
NUR ZAKIAH BTE MOHD YASIN
NURAMIRATUL HAKIMAH BINTI BADRUL NIDZAM
NURFATIHAH BINTI MOHD SHAKRI
NURNABILAH HANEE BINTI CHE AB RAHIM
NURR BALQUIS BINTI ROSLI
ROHAIZAH BINTI ROZA
RUSILMA BINTI ARNIE
SAFWANAH BINTI HAJI AHMAD
SHAQRATULRADIAH BINTI ROSDIN
SITI AISHAH BINTI ABU BAKAR
SITI NOR ADILAH BINTI SHUHAIMI
SITI NORSYIDA BINTI ZAINUDIN
SITI RUIDAH BTE RAZAK
UMMI FATIN BINTI AB RAZAK

Selamat maju jaya... Wassalam