• Hukum apa ini? Hukum ini sudah lapuk. (bila diberitahu tentang hukum Allah)
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai tudung dan pakaian yang longgar).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata, "Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata, "Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya
# Ya Allah, jauhilah kami dari mensyirikkan Engkau Ya Allah, jika lidah kami yang tida bertulang ini secara tidak sengaja / sengaja menyebut perkataan yg mensyirikkan Engkau, ampunilah kami... #


